Friday, March 21, 2014

Apa aku salah?
Apa aku benar?

Hati,
Tak semua putih
Hati,
Tak semua hitam

Masing-masing
Ada cara
Boleh pakai atau tak
Terserah.

Bilamana air mata menitis
Hati,
Tak semua keras,
Mudahnya luluh,
Kerana hati ini tak selalunya keras

Tapi,
Hati ini sakit 
bilamana nampak air mata titis
Hati ini rasa
Apa aku ini bodoh?
Apa aku ini jahil?
Apa aku ini jahat sangat?
Apa aku ini keji sangat?

Cuma,
Aku refuse.
Aku refuse.
Aku refuse.

Berhenti,
dari memujuk
kerana hati aku ini seperti batu
Jangan harap apa-apa dari aku

Aku tahu,
Cuma aku tak rasa nak melakukannya
Aku tahu,
Aku pendosa,
Aku kadang-kandang sesat,
Alpa dengan dunia, 
Dunia yang aku cipta sendiri
Dalam kotak fikiranku

Masih,
Aku persetankan semua orang,
Aku tahu,
Tuhan tahu,
Berserah
Tunggu
Aku akan datang
Entah bila
Aku tak pasti.

Jadi, stop. 
Aku bukan anak patung
yang mudah kau tocang dandan
Aku hanya manusia
yang rasa dirinya betul.

Keras kepala?
Kau rasa?
Ah.

No comments:

Post a Comment